Kejuruteraan lebuh raya

Kejuruteraan lebuh raya ialah kajian tentang proses reka bentuk dan pembinaan lebuh raya serta jalan yang cekap dan selamat. Bidang ini yang berasal daripada disiplin kejuruteraan awam menjadi penting pada abad ke-20, dengan piawai kejuruteraan lebuh raya sentiasa diperbaik. Konsep seperti gred, tekstur permukaan, jarak penglihatan, serta jejari selekoh mendatar dan cerun tegak yang berhubungan dengan laju rekaan merupakan unsur yang penting dalam bidang kejuruteraan lebuh raya, selain daripada reka bentuk persimpangan (persilangan). Kebanyakan negara maju mempunyai rangkaian lebuh raya yang meluas.

Piawai dasar reka bentuk yang digunakan di Amerika Syarikat biasanya berdasarkan terbitan Persatuan Pegawai Lebuhraya Negeri dan Pengangkutan Amerika serta juga penyelidikan yang diisytiharkan oleh Lembaga Penyelidikan Pengangkutan, Institut Jurutera Pengangkutan, Pentadbiran Lebuhraya Persekutuan, dan Jabatan Pengangkutan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy